Tuesday, June 28, 2011

40 Days in Sabah




P/s: Solatku tak sehebat Sahabat r.a.. yang 2 rakaat mereka boleh melintas lautan tanpa basah tapak kaki kuda..terpakse la naek flight..ha3


Alhamdulillah
Satu jemaah ke sabah selama 40 Hari sudah dibentuk.
dan aku antaranya.. Syukur Allah akan hantar aku ke sana..InsyaALLAH

Perasaan bercampu baur.
ye la. pegi nisfu syaban.. balik 25 ramadhan..
tak berpuasa dengan ibu bapa. 5 hari je bersama mereka sebelum raya
tapi hepi pon ada.. sebab dalam 25 hari dalam ramadhan.. InsyaALLAH boleh jaga amal betol2.
ye la..duduk masjid je.. xde FB..Twitter.. Ym mahupun Skype..ha3

Ramai mungkin tertanya2.. Kenapa 40 hari?

Sebenarnya.. Dakwah ini bukanlah dibuat dalam 40 hari je..
kena buat hari2.. dan 40 hari nih hanyalah latihan supaya bila balik ke rumah nanti.. dapat buat usaha dakwah di area rumah sendiri.

Dr Fadzilah Kamsah pernah beritahu dalam satu rakamannya,"Pembentukan akhlak seseorang itu paling effective selama 40 Hari"

Kalau dalam kejadian manusia pula, manusia nih akan berubah bentuk selama 40 hari. Bila sudah cukup 3 kali 40 hari(4 bulan).. roh akan ditiupkan.

Haa begitulah..
tapi sebenarnya bagi aku.. ketetapan hari seperti 3 hari..10 hari..40 hari. 4 bulan bagi memudahkan jemaah..
korang cuba bayangkan orang yang nak keluar 3 hari.. masuk dalam jemaah 40 hari.
selalunya 40 hari akan dihantar ke luar kawasan KL(kalau orang tu dari KL la)..
tak ke kacau bilau kalau jemaah tu kena hantar pi aloq setaq lepas tu orang tu nak stop 3 hari je?
sehari da perjalanan pergi. balik sehari..buat usaha 1 sehari je?
duit pon habis mcm tu je... letih pon dapat..ha3

Sebenarnya hari2 kena buat dakwah..
Tengok sahabat r.a.. mereka keluar dakwah bukan ada hari2 nh..
mereka akan pergi hingga hujung dunia..
dan kubur sahabat paling dekat ada di Indonesia(specifically Acheh kalau tak silap)
Ini baru betul dakwah.. Gunakan diri harta masa ke jalan ALLAH
tapi aku masih lemah.. astaghrifullahalazim


dan satu hadis yang agaq sukar diamalkan.. tapi insyaALLAH boleh diamalkan semasa keluar 40 hari..

Dari Anas bin Malik r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa bersembahyang berjemaah selama 40 hari dengan takbiratul Ula(takbir bersama Imam) kan mendapat 2 jaminan: terhindar daripada api neraka dan bebas dari sifat munafik.(HR Tarmizi)

Doa la ak spy dpt spajang khuruj nh. ada orang 2.. last smyg utk cukup 40 hari..perut dia sakit plak. pastu terlepas.. Wallhua'alm pengiraan Allah bagaimana

Mengapa Aku memilih tariqah(jalan) ini?

"bro.. dakwah nih ada banyak cara la bro.. bukan kuar tabligh je tau"-kata sahabatku

Benar wahai sahabat..
Nabi berdakwah dengan pelbagai cara..
dan antara cara orang masuk Islam adalah dgn akhlak Nabi s.a.w

Dalam tempoh khuruj fi sabilillah(keluar ke jalan Allah)..
setiap jemaah mesti jaga akhlak..
kalau seorang tu tak boleh lagi buang sifat merokok..
orang tu dinasihatkan supaya merokok di tempat orang tak nampak.
bukan hipokrit.. tapi kalu da tak boleh sangat..

Dan cara usaha dakwah ni la yang paling memberi kesan kepada aku..
Iman dan agama takkan terbentuk dan tersebar dengan tanpa muhajadah(susah payah).
Bilal bin Rabah r.a dihimpap batu.. Imannya makin bertambah.
dan banyak lagi kisah2 sahabat susah payah untuk dapatkan Iman..
Di seksa.. Dipulau.. semua ada.. tapi iman mereka makin bertambah..
Nabi s.a.w yang mulia.. habibullah..pon disusahkan kerana agama..
Nabi Ibrhim.. Khalilullah.. disusah2kan kerana agama..
Allah suke tgk orang susah payah dalam sebarkan agama..
takkan kita dakwah lepak2 je kan bro?

Jadi bila diteliti.. aku rasa.. Jalan nih la paling mujahadah.
memang tekan nafsu habis..
duduk masjid je keje.. tension jugak..
xde fb..twitter.. nk tgk movie pon tak boleh...apa pon tak boleh
kalau datang masjid yang lama orang tak masuk.. kena bersihkan..
sebelum pindah ke masjid lain kena mop la.. sapu sampah satu masjid la..
letih la bro.. tapi nak latih akhlak punya pasal.. bwat je la..

Bagaimana aku boleh memilih jalan nih?

Waktu aku kecik2:
Time cuti sekolah kawan2 ak slalu cakap..
Nanti tabligh datang kita lari tau..
1 day before dorang cakap tu..aku tak turun padang untuk main bola.
so xtau la jemaah datang jumpa budak2 nih..
Dalam fikiran aku.. slalu tertanya-tanya?
"apasal la bdk2 nh lari.. ape tabligh nh bwat..apsal tabligh nh x penah datang jumpa ak"

Waktu Form 2:
Dulu form 2.. aku suke break dance..
hangpa ingat aku tak reti ke..
lepas balik skolah.. mesti da nak maghrib..
al-maklum la..skolah harian mesti skolah petang kalau form 1 n form 2..
so bagi menunggu masa untuk masuk maghrib.
aku dan kawan2 break dance la blakang masjid..
bes.. lantai dia licin..senang bwat skill..ha3
rumah ak agaq jauh dari skolah.. kena naik bas.. and kalau sampai insyaALLAH lg 20-30min utk isyak..ha3

Ok time tgh bwat2 skill tu...
ada sorang pemuda nh datang..
dia tnye.."can I take ur 5 minute?"
ak da cuak da.. nih konfem kne marah nh..
ade ke patut break dance kat masjid..
dengan english trabur waktu form 2 dlu..kitorg jwb.."oh sure"..ha3

Then dia mulakan perbincangan..
dia taaruf dlu.. dia jemaah dari Filipina.. keluar ke Malaysia selama..40 hari kot.. xigt
then dia tanya nama kitorg..
waktu nama aku.. dia gembira betol ble dengar..
"hidayatullah..subhanallah"
aku pelik.. n aku tak faham kenapa dia epi sgt..
aku dlu nak tukar nama.. sbb slalu kene ejek..
"mayat la.. hidayah la.. mcm nama perempuan la"
segan bro.. ha3.. tp skang br ak mengerti..
dalam usaha tabligh nih.. usaha mencari Asbab hidayah Allah.. yaknih Hidayatullah..ha3
Hidayah bukan ditangan kita kan?tapi kita kena usaha.. lepas nh aku cite ape usaha yang kita patut buat..

Haa.. dalam percakapan orang tu.. dia x sebut pon.
"ko kena jaga semayang"..serious takde..
tapi lepas pada balik tu.. aku tak tahu ape bende yang masuk dalam hati nih
trasa manisnya sembahyang. start pada tu ak jaga sembahyan..Alhamdulillah
ape yang dia cakap hanya kebesaran ALLAH. n berbangga la jadi seorang muslim.. dan hormat ibu bapa.. huh.. asbab mujahadah dia datang sini Allah bg hidayah kat Hidayatullah..Alhamdulillah..ha3

Waktu Form 4:
Diterima masuk ke sekolah ceruk hutan..
MRSM MUADZAM SHAH..di sini usaha ini diperkenalkan kat aku
ada brother dari UPM yang duduk dekat muadzam slalu datang skolah kitorg
bagi bayan(penerangan) tentang usaha nih..
betapa pentingnya usaha nih bagi seorang student..
dia bagi2 kelebihan2 keluar jalan ALLAH.
antaranya nih..:

" Dari Aisyah r.anha meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:" Tubuh badan sesiapa yang pernah dimasuki debu di jalan ALLAH s.w.t, maka Allah akan mengharamkan api neraka( HR Musnad Ahmad, Tabrani)

peh aku yang dengar nih.. trase semangat ar..
ada gak akhirnya orang tabligh datang bagi tau aku..dari kecik ak tggu..ha3
n satu lg sebab ak nak khuruj(keluar) nih sebab tgk depa pakai sugi..
ak tau kelebihan sugi nih dapat kuatkan ingatan.
ak dlu hapal biology mmg x lepas2.. tension tol..ha3.. biol pale otak..

dan Cuti tengah bulan form 4..
Aku mintak izin mak aku untuk keluar..
Mak aku mula-mula bagi tak bagi..
Tapi lepa aku convince kan dia.. dia cme cakap supaya hati2..
takut ajaran sesat ke.. ha3
btollah kata sorang ulama' nh.
Allamah Fiqrie (promote blog dia skit..sian dia..slalu promote diri sorang2..ha3)
katanya..mak bapak bukan tak bagi.. tapi diorang sayang..
yup. 110% agree...

Maka disitulah bermula..
cara kehidupan suci murni Nabi s.a.w diajar..
bagaimana cara makan baginda.. cara thaharah(bersuci) .. cara tidur..akhlak baginda
sume diajar.. dalam masa 3 hari yang padat..
seronok beb.. waktu nak habis 2..dia ckp..
"sebenarnya banyak lagi bende yang tak sempat belajar.. jadi kena tambah korban(keluar) lagi dan lagi"

so lepas pada 2..ak dengan excited setiap cuti skolah.. mesti aku keluar
slalunya orang balik bemalam setiap sebulan sekali(dpt cuti 2 hari utk cuti bermalam sebulan sekali)..
so ak tak balik..
Weih yat.. hang tak sayang parent hang ka? gila apa..
ha3..cool2.. asbab aku pakai braces(gigi besi.ha3) dlu.. aku kne balik seminggu lebih awal dari tarikh yag maktab telah tetapkan.. sebab ada appointment..
so masa dorang balik minggu depannya tu..xkan aku balik lagi..
aku pon keluar lah..dari dok maktab borak2.. bek dok masjid borak2 psl akhirat..ha3

So.. skang ak da cite sedikit sebanyak mcm ne ak leh join..
terpulang kat korang utk menilai..dlu ak takut gak..
ble goggle... orang cakap jemaah tabligh nh sesat.. sembah kubur..
bid'ah.. tak de ilmu tapi berdakwah..
peh.. ak serious takut..ha3

Ape method dakwah yang dibawa oleh jemaah ni?

Methodnya mirip2(kalau ckp same totally kang..ada orang kurang selesa plak) seperti apa Nabi s.a.w telah lakukan.
Jumpa manusia pintu ke pintu.. lorong ke lorong..rumah ke rumah.. kampung ke kampung(kalau Nabi kabilah ke kabilah)..
jumpa orang yang ada Laillahaillah dalam hati mereka ..dan cakap kebesaran2 ALLAH..
Natijahnya.. Iman orang yang cakap akan bertambah..
Seperti hadis berikut:

"Dari Abu Hurairah r.anhu katanya, bahawa Rasullah s.a.w bersabda: Perbaharuilah Iman kamu. Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda s.a.w bersabda: Perbanyakkanlah mengucap La ilaha illallah"( HR Ahmad, Tabrani)

Ape mafhum(maksud) La ilaha illah?
nafi makhluk..ithbat Allah..
so dalam percakapan jmpe orang. cakap la kepentingan agama dalam kehidupan..
bawa dia fikir dari dunia ke fikir akhirat.. fikir nafsi(sendiri) kpd fikir ummat..
cakap kebesaran ALLAH..

Allah kuasa.. makhluk termasuk saya tak boleh buat apa2.. yang bg kemudaratan.. kemuliaan kehinaan.. keselamatan..rezeki.. kekayaan kemiskinan.. hanyalah ALLAH..

"dan Tuhanmu besarkanlah"(74:3)

percakapan yang simple.. tp bape ramai hari nih orang boleh cakap kat even bini dia
"Alhamdulillah. Allah yang bg rezki.. Allah maha kuasa"
even kat anak dorang pon segan nak cakap.. kan3?

Apsal kena cakap kebesaran ALLAH?

Dalam madrasah bergerak(keluar jalan ALLAH).. masing2 niat untuk islah diri..
maka.. Janji Allah dalam quran surah Al Ahzab ayat 70-71.. Allah janji akan islah orang tersebut..

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.(33:70-71)

Ape program yang ditawarkan oleh madrasah bergerak nih?

Ha3.. bagi sesiapa yang tak pernah keluar.. kat sini ak akan ceritakan..
Sebelum keluar jalan ALLAH..akan ada "bayan hidayat"
disini akan beri penerangan ape perlu dilakukan..
4 perlu diperbanyakkan.. 4 perkara yang perlu dikurangkan.. dan 4 perkara perlu tggl tros..n 4 perkara kalau boleh jangan sentuh semasa keluar nh..

bende nih mcm korg masuk hospital la.. ada bnde yg korang kne bwat.. takleh bwat.. kurangkan bwat..supaya cepat sembuh.. orang2 mcm aku msk madrasah bergerak nh supaya aku sembuh la..ha3

4 perlu diperbanyakkan
1) dakwah
2) taklim taklum(belajar dan mengajar)
3)ibadat
4) khidmat

4 perkara perlu dikurangkan
1)kurangkan cakap sia-sia
2)kurangkan masa makan dan minum
3)kurangkan masa tidur dan rehat(aiseyman.. ha3)
4)kurangkan berada luar masjid

4perkara perlu ditinggalkan
1)fb
2)twitter
3)skype
4) YM

ha3..xde ar.. gurau je..

1)jangan mengharap pada makhluk dalam hati..Harap hanya pada ALLAH
2)jalan meminta dengan makhluk(manusia)
3)jangan pinjam barang orang tanpa izin
4)jangan membazir

4 perkara jangan disentuh
1)jangan sentuh mazhab khilafiah
2)Jangan sentuh isu politik.. Kang nnt ada geng2 bulan/dacing tak datang..lebih baek bersifat neutral..
3)jangan sentuh pasal pangkat dan keturunan..
4) aku lupe.. ha3

stiap 4 perkara nh ada explanation.. malas plak ak nk cite..ha3
da panjang sgt entri nh..

so.. bagi sape2 yang ikut tertib nih..insyaALLAH dia keluar dengan ada kualiti..
kalau orang tu keluar bertaun2 pon..tp tak bwat bnde nh..insyaALLAH takde kesan kat diri..

Ok.. nh br bayan hidayat.. huh.. long way to go..

Kalau da diputuskan tempat..contoh macam ak pi sabah..
sebelum msk kampung tu akan doa.. supaya Allah sebarkan hidayah..

then masuk masjid.. smayang tahyatul masjid dan mesyuarat untuk fikir ape nak buat hari tu..
nak jumpa AJK ke.. orang kenamaan ke.... normally lepas mesyuarat akan bwat taklim..

dalam taklim nih akan ada orang pergi keluar masjid dan jumpa orang untuk dok taklim..
slalunya door to door.. ada jugak jumpa budak2 tengah lepak.. lepas tu ajak gi masjid..
penuh masjid dgn bdk2 nh..ha3

slalunya taklim nih 2jam 30minit.seksa nafsu ak untuk baring2..dok dengar hadis je..ha3

lps zohor akan ada taaruf dengan orang tmptn.. bagi tau tujuan datang kampung nh n so on..
slalunya ayat dia mcm nh la.."kami datang di sini untuk gotong royong buat usaha agama..bukan nak mengajar.."

lepas tu ada muzakarah..
nih mcm usrah la.. pick any topic u like..
kalau xde orang alim.. kita akan buat muzakarah adab2 ikut sunnah Nabi s.a.w..
adab tandas.. makan n minum.. safar.adab memasak pon ada..ha3

Then asar..lepas asar ada bayan kepentingan dakwah..
kat sini akan diterangkan knapa perlu dakwah..
n lps tu pi lorong ke lorong.. rumah ke rumah.. jumpa semua manusia yang ada kalimah iman.
yg xde mcm ne?buat masa nih kekuatan masih tiada.. umat Islam sendri kacau bilau..dalam orang Islam sendri takde nilai Islam..how???

then maghrib ada bayan maghrib dan isyak ada taklim seblm tdo(slalunya dibaca kisah para sahabat)..subuh tu ada bayan subuh..
maka tamatlah 1 hari.. hari2 seterusnya pon mcm tu jugak.. tapi akan diadjust mengikut kesesuaian tempat dan waktu..

Kalau pmpn tnye. abes 2..pmpn xyah bwat dakwah?
ish.. 3 golongan awal yg menjadi tulang blakang dakwah Nabi s.a.w adalah
wanita..orang tua..dan orang muda..
tp penerangan menenangi jemaah utk wanita nh panjang sgt.. mls nk hurai.. bukan ada bini pon lg..ha3

huh..panjangnye..
ok da nak abes da nh.. Sebelum ak nak tamatkan entri nih..
aku nak ucap syukur sangat sebab ada parent yang faham ttg usaha nih..
mak ak dia siap tolong jahitkan poket lg utk ak keluar nih..
Dlu aku meminati baju2 berjenama.. tapi sekarang nak beli pon da takde duit..
arap2 kehidupan aku da mirip2 mcm Khadijah ul-kubra r.ha..ha3

Sebelum brangkat.. trimalah sajak buat ibu dan ayah(aku x reti sangat sajak2 nh..ha3..reka sendri nh..sila baca dgn nada membaca sajak.. n pasang lagu kat bawah nih dlu..ha3)

Pasang lagu nih plis--> Klik saya

Buatmu Ayah

Malam ini tiada lagi urutan untukmu wahai ayah,

Anakmu keluar mencari sumber maghfirah,

Dosa anakmu ini bukanlah sebesar zarah,

Dosaku sebesar Gunung Uhud, mungkin lebih parah.


Ayah,

Ketahuilah bila mana anakmu ini duduk dalam majlis ilmu,

Di arasy Allah, malaikat menyebut-nyebut namamu,

Seluruh makhluk mendoakan keampunan tanpa jemu,

Semoga di hari kiamat tiada dosa bila kita ketemu.


Daddy,

Ku tinggalkan hutan konkrit untuk keperluaan ummat,

Membawa cahaya ke dalam diri mereka dari zulumat,

Mengenal Rabbul Jalil supaya lebih dekat,

Semoga kelak selamat di akhirat.


Abi,

Jauh di sudut hatiku ingin berkhidmat untukmu,

Tidak pernah tercalit dalam diri ini rasa jemu,

Tapi apakan daya takaza agama menyeru anakmu,

Meninggalkan rumah menongkah lautan biru.


Buatmu Ibu,

Malam tadi engkau menjahit poket baju buat daku,

Engkau menyuruh aku membeli baju yang baru,

Tapi bila aku katakan tidak Ringgit dalam kocekku,

Terus kau jahit satu per satu.

Ibu,

Usahamu ini takkan ku lupakan,

Akan ku “bina” mahkota yang terang cahayanya,

Kelak kau pasti bergembira sakan,

Melihat "mahkota" daripada pemberiaanNya.


Umi,

Ini bukanlah helah untuk melarikan diri,

Dari tanggungjawab memasak hingga menyidai baju di terik dinihari,

Tapi pemergiaan anakmu ini membawa seribu erti,

Telah ku khabarkan di atas tadi.



Mommy,

Sekali sekala kau bertanya.. “kenapa lama sangat khuruj fi sabilillah?”

Tapi kau sentiasa menyokong, tidak pernah memaksa untukku berhenti,

Dalam dirimu.. mungkin terasa kecil hati,

Ketahuilah wahai Ibu, anakmu ini sedang mengislah diri… Membaiki hati.


Ayah dan Ibu

Ke Sabah akan ku pergi,

Mohon keberkatan dan doa dari kalian kepada Ilahi,

Semoga menjadi asbab hidayah ke seluruh ummat nanti,

Moga risau ku seperti risau Nabi,

Sebelum wafat baginda, baginda menyebut…. ummati.. ummati.


Ayahanda dan Bonda,

Andai anakmu ini pergi tidak pulang-pulang,

Ku mohon pengampuan dari luar kulit hingga ke dalam tulang,

Doakan kesejahteraan anakmu di “sana” supaya senang,

Menjawab Munkar dan Nakir dengan tenang.


Note: Maghfirah= keampuanan

Note : zulumat= kegelapan

Note: Takaza= seruan

Note: "mahkota" Hazrat Mu’az Al-Johani r.hu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka KEDUA –DUA IBU BAPANYA akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan Al-Quran?”(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud)

seniorku sudah pulang ke rahmatullah sewaktu khuruj di sabah atas maksud agama.. adakah mungkin aku selepas ini?

Caption: Baru packing bedding.. ha3.. Beg ini pergi dengan tuannya.. mungkin dia pulang tanpa tuannya


Penambahan:

Sape tanggung sume perbelanjaan?

Usaha nih adalah self-sponsored.. xde badan2 NGO nk bagi duit..

cuma Ulama' kami telah bagi garis panduan mengikut quran n hadis bagaimana untuk dptkan rezki:

1)Istighfar( Surah Nuh ayat 10-13)

2)Sedekah( ada dalam hadis.. Allah tambah rezki

3)solat dhuha(ada dalam hadis)

so pi sabah nih.. cost me RM 1000..

Duit nih aku da kumpul sejak dari KMB(tapi ada la pkai utk bnde len skit..ha3)

n mostly dari 1st sem masuk uni..100 sebulan.. 10 bulan 1000 ar.. ha3

tp kalau xde keberkatan..boleh ilang begitu sahaja kan?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka....."(9:111) Kredit to zubir sbab igtkan surah nh..


Kalau makan macam ne?

haaa.. dalam mesyuarat pagi tu..

amir jemaah akan putus sape yang masak..

dalam 3 orang gitu la..

Dlu aku azham n sorang lg kawan nh pernah gembiraka jemaah asbab masak paprik ayam(which jarang time kuar dpt makan nh)..

sekarang tgh blaja memasak sebelum keluar...

kena salin semua resipi2 dari mak dlu...hu2

Susah beb masak untuk skala besar..ha3.. 12 orang.. pagi dan malam..

24 comments:

Anonymous said...

nice post
minta doa utk jemaah seluruh dunia inshaAllah

Anak Pendang Sekeluarga said...

wah,tuan p awal dari saya....


Salam,/tuanpuan/saudari,meminta pandangan/nasihat dari wanita berkaitan artikel yang di tulis di blog saya,silalah berkongsi bersamadi blog saya...semoga Allah melimpahi keberkatan pada /tuanpuan/saudari.

Hidayatullah said...

anon-insyaALLAH

Anak pendang- tuan pi bila?

Muhammad Fahmi said...

moga Allah SWT terima...ameen...

tuan, doakan sy yg semakin lemah ni. :)

Hidayatullah said...

Fahmi- Sama la..doakan saya.. moh sri petaling.. kat sane ramai leh targhib

siti salwani said...

Salam alaikum. Nice puisi, walaupun ada mommy dan daddy bunyik mcm pelik sikit. Dah tunjuk dkt parents belum? Bit tawfiq wan najah li dua'. Semoga Allah permudahkan semuanya nanti.

jzkk :)

Hidayatullah said...

aku tau bunyi dia pelik skit.. tp nak pelbagaikan bahasakan.ha3..thx

Amin Rox said...

Moga terus tsabat di Jalannya Sheikh! :)

Hidayatullah said...

amin- amin amin amin..

ak rse nk letak nama anak ak amin la..ha3

ank_ayah said...

subhanallah..nk nangis bole tk?? Allah,,sayunye puisi tu..
Alhamdulillah moga Allah pilih tuan lg dan lg sampai tkde lg.. :)
dan terima tuan dlm usaha ni.
doakan sy dan kluarga..
moga peroleh sayap kiri yg sama2 dpt bantu dlm usaha ni..amin..

Norsha said...

moga anda terus kekal dalam hidayahNya...

Hidayatullah said...

ank_ayah: amin amin amin..ebat nye.. mudah menangis.. sy byk dosa pon x nangis2..astaghfirullah..

Norsha:amin...

IBNU ARAHMAN said...

salam jaulah
ana pun azam nk khuruj ke sabah gak phon doa dri tuan, nice puisi yg membuatkan ana tringat msa first time khuruj dulu.. rsa berat nak tnggalkan ayah n ibu ni.. tp krana Allah dan Rasul..
kata hj bhai wahab:- kita yg khuruj ni asbab mak ayah kita diampunkan diakhirat... inshaallah
wallahu `alam.

Hidayatullah said...

Ibnu Arahman- wslm..amin Ya ALLAH. smoga ALLAH trima.. nih 1st time keluar dr semenanjung..tu sayu2 je hati

bani said...

Alhamdulillah , Allah bagi kamu kesempatan untuk khuruj pergi ke negeri di bawah bayu, Sabah. Jangan risau, semua orang Sabah peramah, dan boleh terima usaha agama ni. untuk tarik hati mereka, jangan lupa banyakkan senyum dan jadilah peramah. Belajar-belajar cakap Melayu Baku sikit ye untuk memudahkan mereka dekat dengan kau. Moga-moga Allah bersama kamu..insyallah.

Hidayatullah said...

bani- InsyaALLAH.. kena cakap bahasa baku ya? mmg favourite sy..hu2

misbah ums said...

masyaallah tuan..markaz beauford ke markaz KK?

-tgh josh baru wafsi bayan s.p pagi tadi,hehe-

penchacaiz said...

salam.

mak saya pun mula2 takut2 nak bagi kuar jln Allah sbb takut ajaran sesat.

maulana fikri juga cakap benda yg sama kat saya. bahawa parent ni bukan tak suka cuma diorang sayang kita.

minta doa tuan juga. nisfu shaaban saya azam 40 HARI DI JALAN ALLAH!!!

Hidayatullah said...

misbah usm- insyaALLAH..balik buat kje.. jgn jd mcm sy.. time keluar buat kje.. balik tdo kt bilik.. zzz

penchacaiz- smoga ALLAH trima.. amin

abu zarim said...

masyaAllah,,moga Allah terima kite semua,,,catatan y bermakna n memberi manfaat sngat,,,subhanAllah,,sume dgn izin Allah,,mse di msia dulu,ada gak azam utk ke sabah sarawak,atau tmpat org asli,tp,Allah xpilih,,,insyaAllah,,doakan sy gak, di tempat org,,,agar Allah am kan usaha ni ke seluruh pelusuk dunia,,amin,,,,,

Hidayatullah said...

Abu Zarim-jazakallahu khair... kalau di tempat org, medan dakwah lebih besar.. smoga tsabat dijalanNYa

misbah sobah said...
This comment has been removed by the author.
misbah sobah said...

selamat jalan tuan.markaz beuford lawo oo kubah dia..sy penah dtg situ..bagi bayan utk asrama anak2 yatim sebelah markaz tu..

Anonymous said...

Alhamdulillah kalkuzari best... Doakan ana supaya dapat juga kuar 40hr ke Sabah ....
Iskandar ahmad