(post ini agak serious.. jadi saya akan gunakan bahasa baku..ha3)
Walaupun bukan bagi diri aku..tapi aku jugak membantu sahabatku menjalinkan silaturahmi(bak kata cerita Ayat-Ayat Cinta) dengan keluarga pihak wanita..
Kalau nak diikutkan, tak merancang pun untuk pergi bulan 6 nih..
tapi sudah di targhib oleh seorang lagi rakan saya..
maka SYAMIL CHE ELLIAZIZ bertekad untuk berjumpa bapa kepada pihak wanita..
Sebenarnya banyak jugak dugaan walaupun nak buat hasrat murni nih.
Mula-mula masalah kereta.. Kami bertiga menyewa kereta dan penyewa tu keep asking..
"korang da booking ke? nnt saya check balik"..
kalau 2 3 hari sebelum tu dia cakap macam tu takpe.. ini pagi yang kami nak sewa diorang cakap macam tu.. seram sejuk tangan eden..ha3
Kami mintak kereta pukul 7.30 dan penyewa tu tak cakap pun office diorang bukak pukul 10..
kalau call diorang tanya bende same." korang da booking ke?"
sabar je lah..
Pagi tu.. Syamil baru bagi tau yang dia tak bagi tau lagi parent perempuan tu.
nak datang esok..bawak hajat besar(err.. hasrat yang besar mungkin lebih sesuai)..
tapi baru nak message pagi tu.. Aiseymen.. tambah seram sejuk eden..
manalah tau.. kena kejar dengan penyapu ke.. parang ke..
kalau dia cakap tak sudi terima.. takyah la pergi..
tapi berbekalkan Takwa dan kebergantungan hanya pada ALLAH yang ada pada Syamil..
Perjalanan diteruskan..ha3..
Untuk aku ikut mereka nih.. aku terpakse cakap putar alam sikit dengan bapak aku..
dia sebenarnya tak bagi aku ikut.. sebab katanya bahaya..
tapi lepas hasut punye hasut.. putar alam punya putar alam.. dia tak cakap boleh..
tapi tak cakap jugak tak boleh..so aku assume boleh la..
aku cakap aku balik tak ikut gua musang..aku ikut terengganu
kalau selalu balik kelantan pon(kampung halamanku)..aku hanya diberi kepercayaan bawak kereta sehingga kuala lipis.. sempadan gua musang..
Jalan ikut terengganu sebenarnya bahaya jugak
time yang tak bahaya kat highway je
tapi Syamil bawak kat highway sangat bahaya..
nak tidur pon tak boleh.. Kereta Viva dia boleh bawak sampai 140km/h..
huh.. mengucap panjang aku..
aku take over jadi driver bile aku rase jalan tu bahaya..
dan inilah masa nya Syamil dan Zubir tidur nyenyak..
Kalau jalan bahaya(jalan kampung) nih tak boleh bagi Syamil
Dia suke Speeding.. asal nampak jalan kosong..speeding..
kalau langgar lembu.. skali dengan aku innalillah..ha3

Caption:Pemanduan Bahaya Syamil
Hajat ke Terengganu nak makan nasi dagang..
kata orang KEYYELL(KL) nasi dagang ganu sedap..
terliur gak nak merasa, tapi apakan daya.. tak dapat nak merasa sebab sampai lewat.dkt2 nk maghrib..
Next destination gi masjid Kristal..
3 Ghost Buster cuba menyelingkap kebenaran yang ada di masjid Kristal..
Syamil berjaya tangkap gambar Jin bulat..Alhamdulillah.. dapat gak tengok jin..ha3

Caption: Masjid Kristal

Caption: nih jin bulat yang ak cakap 2. yang putih belah kanan tu mungkin kain langsuir

Caption: Dalam tandas pon bergambar.. gambar kami bertiga mmg kurang.at least sorang kena jadi cameraman..
On that day sebenarnya Kelantan tengah lawan Terengganu..
tak dapat nak tengok sebab takut lewat sangat sampai rumah makcik.
tapi sepanjang perjalanan(about 3 hours).. kedai2 tepi jalan suma pasang TV channel bola..
dapat la tengok sikit2..
Btw.. petang tu dengar berita.."kelantan diumum cuti esok"
Bila syamil bangun tidur.. aku terus bagi tau dia..
"langkah kanan kita nh..esok kelantan cuti..ha3"
and bila sampai Kelantan.. time tu kelantan tengah lead 1-0..
Aku da berlagak-lagak da.. xsia2 balik klantan.. bawak rahmat rupanya..
lepas tu.. Tibak(tiba2) ganu skor.. aiseymen.. tak jadi nak tidur awal..
pastuh kalah plak.. haih..takde mood nak tidur.ha3
HARI YANG DINANTI-NANTI TELAH TIBA..
Bertolak dari KB pukul 11 lebih..
lepas dapat map dari pakcik aku.. terus beredar..
Aku dengan zubir pakai baju yang tak menyerlah..
kang bapak pompuan tu berkenan kat kami plak..
sian plak Syamil..Kena Sailang ..ha3
sambil menunggu selepas zohor(masa yang ditentukan oleh parent pihak perempuan)..kami nak la pergi KB MALL..Jalan2 sikit
tpi Jalan2 kelantan nih aku bukan pro pon..
ada jugak la sesat2..
Pusing punya pusing.. tempat sama.. da masuk building satu shopping complex nh..
baru tau ni bukan KB MALL..sumpah kelakar..ha3

Caption:Ingatkan KB Mall..ha3
Tapi ada hikmah jugak gi situ..
Syamil sempat tangkap gambar sekolah pompuan tu
Maahad Muhammadi Perempuan KB..
Kalau jumpa budak2 maahad pompuan..syamil mesti cakap dengan kitorg..
sambil test speeking kelantan. almaklum la.. lepas nih nak kena "interbiu"ha3
"mu kena E*****L.. senior skoloh mung?"(Awak kenal E*****L.. Senior sekolah awak)

Caption: Maahad Muhammadi Perempuan KB

Caption: Zubir bwat contact lens. tapi mcm nk ngorat je tu..ha3
BTW.. dalam kereta memang belajar vocab kelantan je la..
Symail cakap.. sebenarnya dia tak paham sangat orang kelantan nih cakap..
hare tol..bukan bahasa bunia pon orang kelantan nih cakap..
Syamil n Zubir slalu gak ar kutuk2 orang Kelantan..
Walaupun IC ak 14..bukan 03.. aku tetap defend orang kelantan..ha3
Dorang cakap.. Dalam Malaysia nih.. ada dua golongan je..
"orang kelantan dan orang bukan kelantan"
nak habaq kat u all bahawa kelantan nih assobiah skit..ha3..
Syamil sebenar da sound awal2 kat aku n Zubir..
"Korang jangan banyak cakap sangat nnt..biar aku yang cakap"
ha3.. kami pon terpakse la melawan nature kami yang suka bercakap..
Sambil pergi ke rumah parent pompuan 2..
Zubir message orang yang dia kenal kat kampung tu.
tanya la pasal bapak pompuan nih.. "kenal tak ustaz mat projek"(macam nih la kot dia tanya)
lepas tuh orang tu cakap
"kenal. tapi hati2 skit.. ustat tu garang"
WALAWEI.. awal2 da kena warning..ha3
kecut perot eden hoi.. perisai pulak tak bawak kalau kena baling golok(macam parang la).ha3
Sampai kat rumah tu. cuak gile..
tengok ramai gile orang..
dalam hati aku.."nih saudara mara ke orang yang nak datang meminang anak pmpn dia gak".ha3
segan gile nak masuk.. tapi takkan nak patah balik..lulz

Caption: Nih la kampung tersebut. sebelum tu nampak Kg Bunohan.. ha3
Kami dilayan dengan sangat baik..
Orang pantai timur(Kelantan K.Terenggau n Kuantan) kalau orang datang memang macam nh..
juruh2(baik2) belaka..ha3
Sebelum masuk tu.. Zubir bagi nasihat kat Syamil.
"orang kelantan nih suke tengok orang makan banyak"
suka2 dia je.ha3..tapi aku pon sokong la..
Syamil yang da kenyang pon..
kami suh makan lagi.ha3.. that day..memang Syamil totally kena buli..
kena basuh pinggan kitorang lagi..ha3
Caption: Tatkala Syamil Blusing...time nih tak tau lagi nasib bagaimana..

Caption: Kami sebagai pengapit tengah kecut perut..ha3

Caption: Belakang rumah dia terus sungai.. serious cool.. tu yang bes kalau kawin dengan orang ada kampung nh..ha3

Caption:Dapat layanan baik.. dan rasa sudah berjaya..kah3

Caption:Syamil tengah basuh pinggan kitorg.. ceit..pijak semut pon tak mati time nh..ha3
Ok this is sad part..
waktu nak balik.. aku drive..
jalan nak masuk umah kat kampung nih memang mujahadah skit
alkisahnya ada satu lopak air yang besar lagi kotor..
ak pun nak mengelak la skit..
innalillah.. bumper kereta syahid sedikit terlanggar batu..
hati tak tenang. jiwa celaru..
tadi happy2 sangat.. skang terus sedih..ha3
dorang cuba tenangkan aku.. tapi aku tak dapat hakikat ketenangan jiwa lagi..ha3..
gi pantai pon aku tak de mood..
lame2 ok skit..

Caption: Pecah skit je.. tapi alahai hati ak pecah mcm whole kete rosak je..ha3
Satu sifat bagus yang ada dalam diri Zubir(promote dia skit)..ha3
dia cepat tenang bila ada masalah..katanya..
masalahnya akan disettlekan gak.. walau ape cara pon..
so just tenang..
dengan bersafar ke kelantan.. aku dapat belajar sifat tenang..hu2

Caption:Anak jati kelantan..Ikre.. membantu dalam translatekan bahasa klantan yang lebih high level..ha3

Caption: Dorang nih tau tido je kalau aku drive..LoL
Pastu gi Rantau panjang n pantai Cinta berahi..opss..pantai cahaya bulan.ha3
dlu nama dia yang cinta berahi tu la.. takde nama lain yang lagi teruk ke nak letak..ha3
oh cita cinta syamil da abes.. takde ape yang menarik lepas tu.
haa..ada satu lagi..aku call pakcik ak supaya tanya member2 dia untuk settlekan bumper nh
mne la tau dapat murah..
aku penuh berharap spy dia tak bagi tau parent aku..
ingatkan da terlepas..
makcik aku tu datang KL untuk konvo.. dia tnya aku..
"bumper ari tu da ok ke"
Aiseyman.. Kantoi macam tu je dengan bapak aku..
tak tau la dia bagi bawak kete gi jauh2 lagi ke tak.
btw Thx gak to Hanis Fozi sebab susah payah cari kedai yang tukar bumper murah..
Tapi semua masalah aku dapat lupakan time malam kitorang sampai di KL..
Mendapat berita gembira dari pihak wanita..
katanya begini..
"ayah saya cakap.kalau dia nak dekat akak..ayah bagi akak nikah dengan dia.."
"mak saya cakap waktu awak datang..ayah sayabaik betul.. banyak cakap"
Huh.. 1300km yang berbaloi.. ha3

1300km mencari cinta... ha3
Dengan kejayaan itu..
aku dan Zubir sekarang bukak firma..
nama Firma kitorang.. Agensi Taa'ruf..
gambar dibawah ada detail2 nya.. ha3
Hubungi sekarang.. 10 Pelanggan pertama akan mendapat diskaun hebat..
ha3
haa..lpe nk bgi tau..
da sampai KL br jumpa..
Nasi Dagang Terengganu dekat Kedai mamak time sarapan..ha3

Caption: Dapat gak merasa..ha3
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal(49:13)


6 comments:
satu ulasan yang cukup bernas. tahniah. teruskan menulis
2 hari ak karang bende alah ni do.. ha3
saya nk mendaftar leh? tp calon x de lgi.. haha
simpang- ha3.. ak igt ko xnak kawin.. boleh2..xde hal punye
nice cerita syamil ni.. Dugaan2 yang Allah s.w.t bagi ni, Allah s.w.t nak uji sama ada dalam kita gembira kita ingat tak dkt Allah s.w.t.
Salwani- benar.. 14:7 n 29:2
Post a Comment