Before that.. its 1:35 am.. and someone force me to update my blog..
haha..
Kisah bermula:
Hizbullah dan Isteri, Syazwani baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Perkahwinan mereka sungguh simple dan mengikut sunnah,
mahar yang diberikan hanya 1 dinar kelantan lebih memberkati majlis perkahwinan mereka..
Proses saling kenal mengenali mengambil masa yang panjang,
terkadang Hizbullah merasakan dirinya tidak layak untuk beristerikan Syazwani..
Gadis bertudung labuh litup itu sangat menjaga pergaulan antara bukan mahram.
Hizbullah sebenarnya mengerti bahawa gadis dari negeri timur itu sudah ramai yang merisik.
tapi hati Syazwani tetap mahukan Hizbullah.
Syazwani yang seorang pendiam lebih menambat hati Hizbullah..
Kadang kala rakan Hizbullah bercakap mengenai kesolehan Syazwani membuatkan dirinya cemburu.
Tetapi hanya diperam di dalam hati.
Selepas berkahwin.. semakin terserlah keindahan akhlak Syazwani.
Jam 3 pagi sudah mengejut suaminya untuk tahjud.
Zikir Dhuha Solat awal waktu.. solat2 sunat.. semua dijaga..
Terasa dirinya sangat kerdil sekali..
Minat mendalami ilmu agama membuatkan diri Syazwani lebih dipandang tinggi..
Bak kata orang putih.. PERFECT!
Selepas 3 minggu perkahwinan mereka.
Hizbullah terasa ingin iktikaf di Masjid Seri Petaling.
Dia sungguh merindui roh agama di sana. Satu fikir yang sama..
Bagaimana diri dan ummat ini dapat diselamatkan..
"Yaaaang, malam nih abang nak pergi iktikaf kat masjid seri petaling boleh tak?"-kata Hizbullah
"Hmm.. nak saya iron-kan jubah dan serban ke?"-Syazwani
"hehe.. siapa tak mahu.. sudah mengantuk disorongkan bantal"- Hizbullah memang bijak berkata-kata
Jam 6 petang,
Jubah sudah siap di-iron. kemas..garisan2 lurus di lengan baju dan bahu
serban sudah dililit di kopiah.. untunglah Hizbullah dapat isteri sebegini..
"ish awak nih.. serban saya pon awak lilit.. kepala awak tu kecik.. mana muat"
Syazwani mencebik. Niat untuk ikram suaminya dibalas dengan kata2 sebegitu.
Hizbullah seakan-akan mengetahui isterinya merajuk..
lantas dia mengeluarkan kata2 manis yang mampu menawan hati isterinya..
"nanti saya balik kita pegi makan KFC eh"
Syazwani tersenyum kembali.
Dahi isterinya dicium.. Merah pipi Syazwani..
Kereta buruk yang dibeli semasa belajar dihidupkan..
Hizbullah melambai. Syazwani benar2 rasa dimadukan pada hari ini
Ya, dimadukan dengan usaha dakwah.
Cemburu Syazwani dengan usaha dakwah.
Mana tidaknya, Di hati Hizbullah usaha dakwahlah isteri pertamanya.

Selepas tamat pembacaan kitab hayyatus sahabah oleh Maulana Hamid.
Hizbullah ditegur dari belakang..Bila ditoleh..tiada orang..
Tiba-tiba terdengar ada suara menegurnya.
"Abang Hizbullah, ni Luqman la"
Bila dipandang ke bawah, barulah dia sedar.. Luqman yang mencuitnya.
Tinggi juga Luqman melompat untuk mencuit bahunya.
Hizbullah cuba mengimbau kembali memorinya,
Siapa Luqman ni?
Oh Ya.. luqman yang pernah khuruj bersamanya.
tingginya tak berubah.. namun raut wajahnya sudah kelihatan matang.
Luqmanlah yang menemani Hizbullah semasa khuruj dahulu,
mereka berbual-bual dan bermain teka-teki hingga ke pagi.
bak kata orang putih, pillow-talk.
Hizbullah: Luqman.. hang sihat ka?
Luqman: Alhamdulillah bang.. saya sihat.. saya da khatam 30 juzuk.
Hizbullah: Alhamdulillah, patutlah wajah makin bercahaya
Luqman: muka abang pon apa kurangnya. haha
Hizbullah: Luqman.. macam biasa.. abang ada teka-teki.
Luqman: macam budak2 la abang nih..da kawin pon main teka-teki..
Hizbullah: Maturity is not destination my little brother, its a journey.
Hizbullah memulakan teka-tekinya
Hizbullah: Man.. siapa kakak transformer
Luqman menggaru kepalanya yang tidak gatal. Luqman menggeleng
Hizbullah: alah itu pon tak tau.. Transistor(tranSISTER) la..
Luqman tergelak sambil memukul belakang Hizbullah
Hizbullah:ok man.. kalau mak bapak tranfomer?
Luqman: ini saya tau bang.. transPARENT kan?
Hizbullah: haha.. memang soalan nih senang.. nak ambik hati kau je.. kali nih man..kalau ko dapat jawab.. aku belanja ko Quater Pounder kat MeK D.. Double lagi.
Luqman semakin excited..
Hizbullah: siapa bapa transformer?
Luqman menggaru lututnya pula.. tidak mahu mengalah..
Quater pounder bukannya murah..
Hizbullah: Quater Pounder nih man.. tak nak ke?
Luqman: nak.. tapi tak tahu jawapan..
Hizbullah: kalau tak tau..tak dapat la nak bagi.. jawapan dia.. Datok Seri Najib Tun Razak..
Dia kan bapa transformasi..
Tergelak sakan mereka dengan lawak yang ditujukan..
Luqman: bang saya nak tidur la.. nanti saya tak bangun tahjud pulak..
Hizbullah kagum dengan budak ini.. alangkah indahnya dapat anak soleh seperti ini...
Bayan maghrib tadi disampaikan oleh seorang warga korea..
Intisari bayan tersebut adalah..
"Tuan-tuan dihadapan saya.. di korea saya dan seorang pakcik sahaja yang sembahyang berjemaah.. sekarang saya tiada di korea.. pakcik tu sembahyang seorang2.. tuan2 kena pergi ke sana.. ummat menderita.. bagaimana tuan2 boleh membuta?.. Sekiranya ada rakyat korea mati tanpa Iman..tuan2 ada dipertanggunjawabkan. tuan2 jawab la depan ALLAH nanti"

Terbakar semangat Hizbullah untuk kesana..
Tapi bagaimana dengan isterinya..hmm
Pagi itu Hizbullah pulang awal ke rumah..
hasrat dihati ingin memberitahu bahawa dia mahu ke Korea untuk jumpa ummat di sana..
Sambil memandu.. dia terfikir-fikir bagaimana untuk fahamkan dan ikram isterinya..
Sampai di rumah.. Terus Hizbullah ke dapur..
melihat isterinya sedang memasak, dia membantu dengan membasuh pinggan.
Tersenyum Syazwani melihat suaminya..
Hizbullah sedang merangka ayat untuk memberitahu isterinya..
Sebelum itu, Hizbullah bertanya, "Awak nak milo ais ke milo panas?"
Pelik dan kaget Syazwani dibuatnya..
tak pernah2 ditanya sebegitu sepanjang mereka disatukan..
"Saya nak teh ais boleh?"
Kepakaran Hizbullah dalam membuat garam chai(teh) memang tidak dinafikan.
Hizbullah bertanya lagi.. "air cond kat atas nak temperature berapa?saya nak demam tapi sebab awak.. saya tak kisah temperature berapa pon"
Syazwani bertambah pelik." hmm.. nak 16 boleh? hihi"
"ok saya pergi sekarang"-Hizbullah
Semasa di dalam bilik.. Teh ais sudah dibawa.. aircond menunjukkan suhu 16..
Hizbullah memberitahu.'" abang nak pergi korea..nak keluar 4 bulan kat sana"
Muka Syazwani berubah.. terus dia membaringkan diri di katil.
hiba.. kecewa.. sedih.. mungkin itu yang dialami oleh Syazwani.
Tenggelam muka Syazwani di dalam bantal.. tidak tahu apa raut wajahnya..
Hizbullah mendiamkan diri.. kaku dihadapan pintu..
Syazwani berkata dengan nada perlahan.."tak boleh"
Hizbullah bertanya.."betul ke tak boleh nih?"
Syazwani membuat isyarat mengangguk..
Hizbullah lantas mencapai gelas teh ais yang dibuat untuk isterinya dan terus minum
air cond di tutup.. Hizbullah membaringkan diri ke tilam dan terus tidur..
Syazwani mencari dimana teh ais nya.. dan tertanya-tanya.. kenapa bilik menjadi panas
Esok Hizbullah nak tanya lagi..Mungkin mood isterinya berubah..

Sian Syazwani..tu la..sape suh tak bagi suami pegi korea..kan da tak dapat teh ais..haha

Untunglah si Hizbullah dapat bini yang pandai iron sampai bentuk line2 kat bahu n lengan baju
untunglaaa
_____________________________________________________________
Demikianlah Cerpen(cerita pendek).. sory lah.. ak tak reti imagine lebih2.
cuma aku leh mengkaji cerpen/novel je...
I got an A ok for my Mini Thesis masa diploma dulu..
aku kaji pasal perubahan yang dialami oleh watak utama dalam cerita Mandatori karya Ramlee Awang Murshid..
Even though 4000words only.. but then pening jugak nak buat since aku suke bwat kje last minute.. WOOOHAAA
btw.. buat mini thesis memang best.. walaupun kajian aku pasal novel tu.. aku banyak selitkan pasal psikologi jugak.. so.. sebenarnya aku leh baca ape dalam pikiran korang daripada apa yang korang tulis.. haha
Cerpen ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati..

Mungkin macam nih Syazwani ikat serban si Hizbullah..haha..
btw nih cara luqman ikat serban yang keluar 40 hari sabah dengan aku.
express dan tidak perlu cermin.. haha

Nak kawin pulish......Tapi ANDA AKAN DIMADUKAN!!!!haha

Mencari "pemegang" baru.. Dinar untuk dijadikan mahar..
hahaha.. awal lagi..
20 comments:
Sungguh hebat pasangan suami isteri antara Hizbullah dan Syazwani. Walaupun boleh mengadaptasi kehidupan moden, namun nilai-nilai "islamik" itu tetap ada.
KFC, transformer, quarter pounder, mekdi, tansistor.. (gelak jap) wah Ramlee Awang Mursyid mesti nak collaborate dgn tuan menghasilakn novel baru.
Apa pun, nilai-nilai islam harus diperbanyakkan. Baru best! Harap tuan boleh sambung Part 2 pula :)
ssy-ebat btol kalau pasangan tu bawak agama dlm rumah tangga.. nilai2 islamik romantik masih gagal diangkat dalam cerpen ini kerana penulis tidak mempunyai daya imiginasi yang tinggi..haha
Comment dia mcm Cikgu Malay comment dlu.. btw.. latar masa masyarakat dan tempat perlu diperbaiki dan akan menjadi nilai tambhan dalm cerpen nih..
thx.. huhu
assalamualaikum wbt..
wah.. pakat2 tulis sal kawen skrg ni.. hehe.. patut la kat gombak terbau2 nasi minyak tuan yatt.. hehe.. (",)..
p/s: nak sambungan plezz.. nak tau apa syazwani cakap lepas tue.. (",)
salam yard..
sebenarnye lelaki tu bukan hizbullah,tp hidayaatullah..
kuat imiginasi koek..hehe
kan kan?insyaallah!huhu
nam- wslm.. hehe..lambat lagi la kak.. saje buang tebiat buat post macam nh.. wah.. ada demand utk sambung part 2.. insyaALLAH akan keluar tak lama lagi..haha
Misbah- wslm.. ada2 je ko nh..kan ak da kata..tiada kaitan hidup dan mati..haha
hahhaa, lawaklah psl teka teki transformer tu :-)
Wanita bertudung hijau- haha.. kalau lawak nih dicakapkan.. mesti lagi lawak.. kalau bce je kurang paham..haha
pergh,bukan senang nk dpt bini mcm tu..kene jaga amaldan nisab molek...
dpt bini/isteri mcm tu...nikmat dari Allah..
APS- wah.. orang yang berpengalaman memberi nasihat.. thx bro... doakan sy spy dapat yg terbaik..hu2
Cerpen 1 tanda ad yg ke2...
"tak pasal2 hilang teh ais"
Rumah Tua- tu la..sapa suh tak bagi keluar.. kan da tak dapat teh ais..haha
Kalau saya jadi cikgu bahasa melayu "habislah" bahasa melayu anak-anak murid saya, Tuan..
hihi
sungguh best cite nih...dpt jgk la ilmu sket2
SSY- memang pon.. cekak musang pon leh jadi cekik musang.. abes fail budak2..haha
Aminah Humaizah- Sry la.. blog nih bnyk berangan..nnt sy bwat post hok ilmiah.. haha
aq harap hizbullah dapat sambut takaza korea tu.
40 hari pun jadilah.
kesian kat pakcik yg sorg2 solat kat masjid dan umat kat sana.
harap2 hizbullah dapat tackle hati isteri dan Allah kuarkan dia. amin
Farid- nantikan part ke 2.. kisah akan terbongkar..haha
best ALHAMDULILLAH...
syukran...
hainur- huhu..karut je pon
(",)..
untunglah hizbullah.. dapat syazwani.. (",)
"Hizbullah lantas mencapai gelas teh ais yang dibuat untuk isterinya dan terus minum
air cond di tutup.. Hizbullah membaringkan diri ke tilam dan terus tidur.." <-- tak patut, tak patut.. (",)
Fuad- nanti ko nak ikram ahlia ko.. jgn bwat mcm nh.. tak dapat lansung keluar rumah lps tu..ha3
Post a Comment