Disebabkan permintaan yang tinggi(bajet fofular). part 2 disambung
Kisah bermula..
Hizbullah menghirup air teh di Bazar tepi jalan Masjid Seri Petaling.
Perubahan wajah Hizbullah disedari oleh teman rapatnya, Amir.
"kau nh kenapa"- Amir
"hmm.. takde ape2"-Hizbullah
"ko jangan nak tipu aku la.. ak da lama kenal ko.. cecite cecite"- Amir
" aku nak khuruj ke korea.. tapi zaujah aku macam tak bagi.. buat gaya merajuk"-Hizbullah
"u have to be strong dude.. takkan la sebab zaujah ko boleh tak sambut takaza agama. bukan ke ko yang selalu ingatkan masa sekolah dulu pasal ayat "Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik(9:24)"?-Amir
" Allah nak uji apa ko cakap la bro"-Amir menambah.
Hizbullah tertunduk akur.. wajahnya masih tidak dapat mengukir senyuman.
"tapi sebelum tu.. macam mana kau pujuk zaujah kau supaya dapat keluar?"-Amir
"Aku buatkan teh ais untuk dia.. n pasang air-cond ikut temperature dia nak walaupun ak tak berapa sihat"-Hizbullah.
"wah.. suami mithali la kau nih.. untunglaaaa dapat laki mcm nih"-Amir
Kata-kata Amir masih tidak dapat menggembirakan hati Hizbullah..
Hizbullah dalam bayannya selalu menyebut." bagaimana saya boleh hidup tapi agama mati.. dan ummat meninggalkan agama seinci demi seinci".
"abes tu.. bila dia tak bagi kau khuruj.. kau buat ape"-Amir
"aku pon minum la teh ais tu.. n tutup aircond"-kata Hizbullah dengan nada tidak bersalah
Amir menepuk dahi.. tergelak dia berseorangan sambil menikmati roti nan.
"aiseyman bro.. jangan la macam tu.. dia tak bagi tau kenapa dia tak bagi kau khuruj?"-Amir
"hmm.. tak pulak..aku mahukan isteri seperti Amar bin Jamuh r.a Isteri dia suruh dia keluar jalan Allah walaupun Nabi bagi pengecualian! aku kena bagitau cepat.. sebab aku da nak balik ke kuwait. keje aku start minggu depan. n kalau aku keluar.. masa tu dia da nak bersalin anak 1st. camne nih? "..- Hizbullah.. murah rezekinya.. sesudah grad di sebuah top 100 university in the world terus mendapat offer kerja daripada syarikat schlumberger di kuwait..
"Allah berfirman "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar(2:155)". janganlah kamu takut. Allah takkan sia2 orang yang mentaati perintahNYA."-Amir memberi galakan..
"cuba kau tengok.. sebab perkara dunia.. kau pergi kuwait lama2 orang tak kesah pun.tapi kau nak keluar korea 2 bulan.. orang da bising..balik nih kau tanya dia.. kenapa tak bagi.. takkan lah jemaah suami isteri(masturat) pon dia taknak"-Amir
"hah.. jemaah masturat?"- Riak wajah Hizbullah berubah..
Amir mengangguk sambil mengunyah roti nan beserta kari kambing.
"tu la kau.. time bayan kau tidur.. kau kata ini majlis sakinah(ketenangan).. time dia bagi tau tu jemaah masturat.. aku tengok air liur da meleleh kat karpet"- Pedas pancungan Amir
"laaaaa.. aku ingatkan jemaah laki je untuk ke korea nih.."- Hizbullah sedikit pon tidak terasa dengan apa yang dikatakan oleh Amir.. bukan sekali dia dipancung.
"tapi aku nak tanya jugak la.. kenapa dia tak bagi aku khuruj.. selalunya bagi je."- tambah Hizbullah..
"eh ari nih aku belanja ko.. makan2"-Hizbullah... gembira benar Hizbullah bila mendapat tahu jemaah masturat yang akan ke korea..
Dari jauh Hizbullah ternampak Luqman sedang menuruni bukit sambil mencuba minyak wangi di bazar masjid..
" Luqman.. meh sini.. abang belanja"-jerit Hizbullah
Luqman mencari siapa menyeru namanya.. Luqman ternampak tangan Hizbullah melambai lambai..
"man.. ko makan la ape kau nak.. abang belanja"-Hizbullah..
Luqman tanpa kata apa2 terus mengambil beberapa jenis lauk.. maklumlah.. di madrasah makanan sangat dijaga rapi..
"haaa man.. alang2 kau ada kat sini.. abang nk bagi teka teki"- Hizbullah
"aduh abang nih.. asyik teka teki je.."- Luqman
"alah macam tak biasa..ok soalan pertama.. Sewaktu kita khuruj.. bayan apa paling bes"-Hizbullah.. wajahnya kembali ceria selepas mendapat khabar yang baik tentang jemaah yang akan dihantar.
"bayan subuh kan?- Luqman
" salah.. bayan tangguh.."-Hizbullah
tergelak Amir dan luqman.. teruk betul soalan islamic yang diutarakan..
p/s: bayan tangguh merupakan penerangan dan nasihat terakhir sebelum pulang ke rumah apabila habisnya tempoh khuruj..
"ok man.. next question.. Dalam banyak2 aktiviti masa kita khuruj.. masa apa paling bes?"
"ala..simple betol soalan.. ziarah kan?"-Luqman.
"pergh.. kau nih memang daie la man.. haha.. jawapannye adalah.. masa makan la.."- Hizbullah
Sambil tergelak.. Amir hanya menggeleng kepala.. rosak fikiran Luqman jika di-doctrine hari2 kalau macam nih.. Luqman tergelak hingga terkeluar air mata.
"man man.. nih soalan last.. taklim ape paling bes"-Hizbullah
Luqman dan Amir saling berpandangan.. pasti ada helah yang cuba disampaikan..
Tapi mereka berdua buntu mencari jawapan..
Luqman menggeleng.. tanda tidak tahu jawapan..
"Taklim akhir la man.. time tu kan da nak tido.ha3"
"aduh kau nih.. rosak budak nih kalau tanya soalan pelik2"-Amir
"ok bang.. saya ada soalan.. "-Luqman
pandangan Amir dan Hizbullah tertumpu kepada Hafiz Quran..
"tahi kucing kan busuk.. macam mana nak hilangkan bau tahi kucing tu"-Luqman
"weih tak senonoh.. aku tengah makan la"- pakcik berserban putih yang duduk tidak jauh dari mereka menegur Luqman.. Kuat juga suara nya..
Hizbullah dan Amir tergelak melihat Luqman dimarahi..
"jawapan dia man.. ko buang la tahi kucing tu"- jawab Amir dalam keadaan yang tergelak-gelak..
" tah kau nih..soalan tak mencabar lansung"-tambah Hizbullah.
"abang berdua nih hidup je lama.. tapi soalan simple pon tak tahu jawab.. jawapannya ialah.. kita tukar nama tahi tu ke pada 'malang'.. kan malang tidak berbau"- Luqman
Krik Krik.. bunyi cengkerik entah mana datang berbunyi..
"tak lawak la man.. go back n practice..hahaha"- Hizbullah..
_______________________
Hizbullah pulang ke rumah. disambut mesra oleh Syazwani..
"awak.. jom pegi jalan2 lepas kita buat taklim"- Hizbullah cuba mengatur gerak..
"ok"-Syazwani
Seperti biasa..selepas taklim.. Hizbullah akan di-tasmi' oleh Syazwani..
untuk mengekalkan hafalan yang ada dalam diri Hizbullah..sekurang-kurangnya 2 helai sehari perlu ditasmi'..
Syazwani akan memegang rotan.. ya.. rotan..
jika terdapat kesalahan dalam ulangan bacaan suaminya.. zzzapppp.. rotan akan menghinggap bahu Hizbullah..
Kelakar pula bila diingatkan kisah membeli rotan di masjid Seri Petaling..
sewaktu itu Hizbullah membawa Syazwani ke masjid tersebut untuk membeli kitab darah wanita karya Maulana Mansur..
tiba-tiba Hizbullah menggapai sebilah rotan dan membayar..
Syazwani terpinga-pinga perbuatan suaminya.. nak katakan ada anak.. belum ada lagi..
Syazwani bertanya ." awak nak buat apa rotan nih.. awak nak rotan saya ke.. saya jahat sangat ke"
"tak lah.. awak rotan ye kalau saya salah ayat hafalan"-Hizbullah..
Dari redup mata Syazwani..Hizbullah mengetahui terukir senyuman di sebalik tabir purdah isterinya.
Malam itu Hizbullah membawa Syazwani ke Putrajaya..
Suasana tenang.. lampu bergermerlapan ..
Langit seumpama tersenyum dengan pasangan ini..
"awak.. awak nampak cantik hari ni"- Hizbullah cuba memenangi hati isterinya dahulu sebelum bertanya soalan yang akan menegangkan suasana..
"hmm.. ape awak nak cakap sebenarnya"- Syazwani sebenarnya sudah memahami dan sudah masak dengan perangai Hizbullah.. bila ada perkara penting..pasti dia akan dipuji..
"awak nih tak romantik lansung.. haha.. saya nak tanya.. kenapa awak tak bagi saya khuruj ke korea? tapi awak bagi je saya ke kuwait untuk urusan kerja?" - Direct to the point..Hizbullah
Syazwani melepaskan genggaman tangannya dari Hizbullah.. badannya membelakangi suaminya..
Hizbullah sedar soalannya sangat pedih.. tapi dia mahukan kepastian..
lama Syazwani mendiamkan diri.. terdengar seperti Syazwani menangis..
"saya nak khuruj jugak.saya nak masuk syurga sama2 dengan awak. saya nak jadi ketua bidadari.. saya taknak jealous dalam syurga nanti bila ada biadadari lain datang kat awak"- Syazwani mengalirkan air mata . Basah purdah hitamnya..
Hizbullah terkedu.. apa yang disangkakan jauh sekali meleset.. memang tepat pilihan hatinya untuk dijadikan isteri..
Hizbullah terdiam seribu bahasa..
"jom kita balik"-Syazwani memecahkan kebisuan...dia mengesat air matanya..
Tisu dihulur.. entah sejak bila Hizbullah sentiasa membawa tisu.. mungkin dia sudah jangkakan perkara ini akan berlaku..
Hizbullah membaca ayat:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana(9:71) "Terima kasih sebab jadi isteri yang baik"- Hizbullah menambah "sama-sama"- tangisannya tidak berhenti lagi.. "kalau awak nak tau.. jemaah yang akan ke korea tu jemaah suami isteri.. awak kena ikut saya.. awak taknak jealous kan dalam syurga nanti?"- Hizbullah "hah.. biar betol.. kenapa tak bagi tahu awal2"-Syazwani terkejut dengan kenyataan suaminya.. "sorry la.. sebab masa bayan hari tu.. saya tertido.. masa saya terjaga.. saya dengar siapa sedia ke korea..saya pon bagi la nama.. tak perasan pulak untuk suami isteri.. patutlah budak2 university tak bagi nama"-Hizbullah.. "teruk betol lah awak nh"- Syazwani cuba menceriakan kembali suasana.. "orang2 korea dan jepun da banyak susahkan diri untuk kita.. semua kemudahan dia hantar kat negara kita..tapi kita tak hantar pon perkara lagi beharga dan memberi kemudahan kpd mereka kat akhirat nanti kan?"- Syazwani memberi semangat kepada suaminya.. Hebat Syazwani berkata-kata.. |
"bila kita nak pegi?"- tanya Syazwani..perasaan tidak sabar2 dapat kelihatan pada wajahnya yang ditutupi.. |
"nanti saya tanya"- Hizbullah
"tanya cepat sikit!"- Nada semangat dikeluarkan oleh Syazwani..
_________________________-Tamat-______________
Sekali lagi diulang.. cerpen ini tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah pergi..
Srry la.. ak tak reti buat cerpen islamik.. n cerita tak cukup romantik jika nak dibandingkan dengan novel2 yang lain.. haha
p/s:kalau orang nk suh sambung part 3.. aku akan bwat 3 ayat je..
"Kapal terbang yang dinaiki jemaah ini terhempas di kaki bukit.. semua anak kapal meninggal dunia..maka syahid cinta sepasang suami isteri"..
haha

Ok gambar sama lagi.. bile slalu sgt pikir cane nak kawin awal.. sampai satu tahap da malas nak berfikir pasal kawin lg.. pikir dakwah je..WOOOHAAA
13 comments:
alhamdulillah ade jgk jem. matsurat ke korea..walaupun cerita rekaan semata2..smg allah terima fikir risau utk umat seluruh alam..
p/s:dlm mesyuarat migguan smlm ada deberitahu yg jemaah matsurat last sekali ke korea dah lebih setahun yg lepas.
haha..bile nak terbit novel yat?
bakat da ade ni.
zaki- cerita rekaan yang mungkin jadi realiti.. jemaah ke jepun tahun nih ada la.. korea tak tahu pula..
Misbah- haha.. tunggu orang offer jd publisher..ak sign tros
assalamualaikum wbt..
ada bakat terpendam ni.. cube tulis panjang sikit lagi.. (",)...
doa banyak2 supaya dapat kuar masturat kat korea ker nanti.. ^^
kak nam- wslm.. sy takde idea tulis panjang2 nih.. dlu 400 patah perkataan time spm pon da merungut.. sy rse sepanjang saya spm dlu..sy bwat 5 karangan je yg penuh.. tu pon sebab exam.. kalau tak buat rangka je la.. haha
amin3
bagaimana saya boleh hidup tapi agama mati.. dan ummat meninggalkan agama seinci demi seinci.. <-- hebat betul Hizbullah... sama hebat dengan Hidayatullah.. (",)
best cerpen ni, best....
ok, nak baca part 1 pulak.. (",)
fuad ansari- Haha.. orang pttnye bce part 1 dlu.. btw.. imaginasi aku tak boleh lawan korg..bijen.. mhafiz_ydin .. haha..
moga2 sy ada semangat agama mcm Hizbullah
Ada bakat ni..
Konsep cantek
kumpulkan beberapa cerpen
hingga boleh jadi novel
email kpd editor kanan suraiyapauzi@galeriilmu.com.my
..rezki drp Allah, melalui buku terbitan Galeri Ilmu, insyaAllah. Belum cuba belum tau.
SOT-hehe. Kalau da banyak cerpen nnt sy hantar la.tp cerita sy typical story je.haha.jzkk
Salam tuan,
Ada part tentang air liur meleleh tu, tahan gelak saya. Teringat masa dalam flight.. Tengah-tengah tidur tiba-tiba..... (Basah di tepi mulut..
Hihi.. Astaghfirullah. Merah padam muka saya dah masa tu. Malu sendiri..
SSY- wslm..nabi tidur tadah air mata sebab ummat.. tapi anda tidur menadah air liur.. hahaha
"Tisu dihulur.. entah sejak bila Hizbullah sentiasa membawa tisu.. mungkin dia sudah jangkakan perkara ini akan berlaku.."
MOTIF sangat!! hahaa XD
cami- haha.. sry la.. ak x sehebat ko bwat essay MALAY 1A
Post a Comment