Tuesday, November 29, 2011

Terduduk Tertunduk(versi Hidayatullah)


Bismillahirrahmanirrahim

Entry nih serious sikit.. mungkin aku makin celaru..

Semua manusia pasti melakukan dosa..
kecuali Nabi s.aw.

Bila mengimbau dosa-dosa yang aku lakukan..
aku terasa sangat sedih..

Alangkah indahnya jika dunia ini ada butang 'reset'
dapat juga aku kembali ke masa lepas dan tidak melakukan dosa2 dan kelalaian..

Tapi yang peliknya.. aku tak mampu menangis atas dosa2 yang sudah dilakukan..
dengan beranggapan..Oh dosaku sudah terampun..

Kadang2 ada juga kawan2 yang cakap
"yat tolong doakan aku untuk tak sama lab dengan mamat tu"
Siapalah aku untuk doakan kalian..
Dosa yang banyak ini mungkin menjadi penghalang untuk doa dikabulkan..

Aku sangat bersyukur..
kerana Allah memungut aku di saat aku dalam kehinaan.
walaupun sekarang juga hina.. tapi aku merasakan kehidupan dahulu lebih hina..

Aku benar-benar berharap..
aku sentiasa dalam penerimaanNya..


Sayangnya Allah kepada ku..

Bila aku melihat kanak2..
Hati aku sentiasa berkata.. alangkah indahnya aku dapat kembali ke alam kanak2
yang tidak melakukan dosa...

Bila aku melihat alim ulama'..
Aku berkata.. alangkah indahnya aku menjadi seperti mereka..
Wajah2 mereka terpancar nur.. especially Maulana Hamid n Habib Umar..
Melihat wajah mereka sahaja sudah membuatkan aku terasa untuk menjadi seorang yang lebih baik..

Bila aku da tua nanti..
mungkin aku akan menangis dengan usia muda aku..

Bagaimana ya malam pertamaku di alam kubur nanti..?
Dengan dosa2 ini.. adakah tulangku berceranggah?
Ular Akra' yang matanya dari api neraka,kukunya dari besi yang setengah hari perjalanan yang dengan sekali pukulan membenamkan mayat sedalam 70 hasta akan menyeksaku?
Kala jengking yang bisanya mampu menghapuskan semua tumbuhan atas muka bumi ini akan datang kepadaku?
Nauzubillah min zalik

Aku takut Ya Allah.. Aku takut...
Ampun dosa ku.. Ampunkan... :(


Sebenarnya aku sekarang merasakan kematian sangat hampir.
Entahlah.. mungkin ini suatu tanda.. supaya aku tidak berbuat dosa lagi..

Inna rahmati taghlibu ghadabi
"sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKU"(Muttafaq 'alaih)

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang(39:53)

Mengapa dengan istighfar aku masih belum mampu menangis..
Menangislah wahai jiwa yang lalai dan penuh dosa
menangislah....

Aku juga seorang Pendosa , Tapi syukur Allah masih lagi menjaga Aibku dr trsebar dikhalayak ramai. jika tidak pasti kalian akan mengejiku




Last two post before exam..
Doakan aku kawan2.. sesungguhnya doaku terhijab dengan dosa2ku.

MANUSIA MASIH DALAM KEADAAN SEDANG TIDUR DIBUAI MIMPI, DAN MEREKA HANYA AKAN TERJAGA APABILA DIJEMPUT OLEH MALAIKAT MAUT UNTUK MENGHADAP ALLAH S.W.T.


14 comments:

SSY said...

Setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik kesalahan adalah dilakukan sekali sahaja.

Taubatlah..

Saya juga seorang yang selalu melakukan dosa. Hidup sentiasa terbayang-bayang kisah silam. Risau. Takut. Macam mana lah matiku nanti. Adakah Allah swt sudah ampunkan dosaku yang telah lalu? Bagaimanakah balasan aku nanti, adakah aku dapat suami yang bukan soleh? Takut.. Terbayang lagi akan kesalahan lalu..

Namun, seperti yang tuan sudah mention dalam entri ini "RahmatKu melebihi kemurkaanKu".. Jadi, marilah kita menzuhudkan diri kepada Allah swt. Bnyakkan istighfar, sedekah, solat2 sunat.. Banyakkanlah amal.. Saya pasti, tuan lebih arif dalam hal ini. Saya cuma banyak refer kepada buku-buku islamik ilmiah.. Dari situlah sumber ilmu saya.. Dan rajin ikut abah ke majlis2 ilmu kalau abah ajak. Ilmu agama saya tak seperti tuan.. Wallahualam.

Hidayatullah said...

SSY - Bertaubat dan melakukan dosa yang sama.. sedih betol.. di mana la kesalahan saya.. adakah solat masih tak betul? Betula rasa down bila buat dosa yang sama..

trima kasih atas nasihat

saya bukanlah banyak ilmu.. tapi hanya diberi kefaham sedikit oleh Allah untuk paham agama sikit2..

menangislah.. menangislah

ank_ayah said...
This comment has been removed by the author.
RuMaH TuA said...

Assalamualaikum,

Allah itu sebaik2 pergantungan.

"Moga Allah pelihara"

Hidayatullah said...

ank_ayah: nih pon sorang lagi.. panjang berjela.. but informative.. thx.. kadang2 perasaan down tu sangat perlu.. sebab baru kita rasa kita ni hina.. kalau trasa mulia .. tu lagi parah.. bila kita tengok org buat dosa.. mesti kita cakap.."ish mamat nh..taktau dosa pahala ke" .. tapi bila kita rse kita hina.." sian mamat nih.. hidayah kpd aku dan dia YA ALLAH" ..

btw waktu sy high school.. saya mintak sorang budak tingkatan 1 nih doa utk exam sy.. sbb sy tau dia blom baligh..so dosa tak tanggung lg.. huhu


Rumah Tua- wslm..Amin.. moga Allah pelihara saya dan keturunan sy

nam said...

assalamualaikum wbt..

nangis lagi n lagi... supaya hati semakin lembut.. Semoga Allah kasi lembut.. (",)..

tanda seorang berasa berdosa maka sesungguhnya masih ada sisa iman dalam dirinya.. maka teruskan mengilap iman yang masih ada... (",).

Hidayatullah said...

kak nam- wslm..sy btol2 x mampu nangis.. mgkn sebab sy rse dosa saya sudah terampun kot.. astaghfirullah..

nam said...

nangis buat2 pun boleh.. insyaAllah tiba-tiba nangis betul2.. (",)

Hidayatullah said...

kak nam- trima kasih :`(

nam said...

sama2.. sedih sgt la pulak akak tgk mukanya begitu.. cepat2 kuar jalan Allah!! (",)

Hidayatullah said...

kak nam- di luarnya tampak tenang..di dalam siapalah tahu... bwat masa terdekat nih.. sy hantar adek2 je keluar.. sy xde cuti panjang..

musafir di perjalanan said...

"kebekuan air mata
kerana kerasnya hati

kerasnya hati
kerana banyaknya dosa

banyaknya dosa
kerana lupakan mati

lupakan mati
kerana cintakan dunia"

peRmaTa_ aGamA said...

" Dan Allah menerima taubat orang yang Dia kehendaki.."

sm0ga kita semua bahagia dlm limpahan kasih sayang Nya..

~ sharing is caring..(^_~) ~

Anonymous said...

mmnju