Tuesday, December 6, 2011

Vrrro000mmm

Repost entry tentang Pilihan hati
Bagi sape yangg tak pernah baca..hayatilah

Entah mengapa beberapa hari ini hati ini gundah...

yang manakah pilihan hati

masanya makin menghampiri...

kusut... serabut...

ibu bapa mencadangkan orang kampung...

hati ini memberontak..

tidak.. tidak mahu.. orang kampung atau jiran kampung.. ak tidak mahu..

pilihan hati.. hanya dua..

yang satu.. maharnya mahal.. tp sejuk mata memandang.. cuma mungkin sara idupnya sedikit tinggi

yg ini pula.. sudah disetujui oleh ibu bapa... cuma menunggu masa..maharnya tidaklah tinggi.. sara idupnya tidak diketahui.. masih bermain teka teki..

bukan semua bertudung itu bagus.. tp entahlah..

sudahlah... biarlah masa yg menentukan



Selepas aku post entry nih..
ada beberapa orang telah message aku..
"tahniah yat"
"nnt kawin jgn lupe jemput"
tak kurang juga kawan2 laki yang kat overc cakap..
"yat jangan kawin dulu..tunggu kitorg balik"
rajin pulak diorang nih nak tengok blog aku.. haha..
lepas pada tu. aku pon post pasal "Penangguhan"
maka semua kembali normal..

aku saja tak allow comment..
saje nak tengok reaction member.
ada juga kawan yang ambek tau pasal aku.. haha

Ok.. entry kat atas sebenarnya mengisahkan seorang lelaki..
iaitu aku.. ingin membuat 2 pilihan..
untuk memilih sebuah KERETA.. haha
Semua ayat2 dalam tu ada unsur tersirat
sebagai contoh

"ibu bapa mencadangkan orang kampung"
maksudnya.. parent aku cadangkan kereta tempatan..

"maharnya mahal.. tp sejuk mata memandang.. cuma mungkin sara idupnya sedikit tinggi"
maksud: kereta mahal sikit. tapi lawa.. Time tu nak ambik Peugeot.. sara idup tinggi bermaksud maintenance n fuel consumption tinggi

"sudah disetujui oleh ibu bapa... cuma menunggu masa..maharnya tidaklah tinggi.. sara idupnya tidak diketahui.. masih bermain teka teki. "
maksud: kereta yang dipersetujui.. Kia Spectra.. kete 2nd tak lah mahal sgt.. maintenance time tu aku tak tahu. rupe2nya sama tinggi.. ha3..

Selepas setahun menunggu.. mak aku suruh simpan duit sendiri..
akhirnya keluarlah kereta ini

Bro.. mau racing bagi tau lah

Tiada dalam senarai pon. haha..
akhirnya terpakse memilih "orang kampung". sebab inilah yang terbaek..haha

Perit setahun aku kumpul duit untuk beli kereta nih..
tu baru untuk downpayment..
monthly installment lagi..takpe..6tahun je.
keje dgn Oil and gas company.. tros bayar full insyaALLAH..

Sebenarnya aku taknak pon beli kereta..
aku nak simpan duit buat kawin lepas belajar..
aku kira.. Aku saving RM300 tiap2 bulan.. 3 tahun da lebih 10k..
so lepas habis degree..terus boleh kawin..haha

tapi Allah mentakdirkan yang lebih baik untuk aku.
dengan kereta nih.. Alhamdulillah da banyak berjasa untuk kerja dakwah..

Cerita 1:
Adik aku semangat nak pergi masjid Seri Petaling..
kalau aku taknak pegi minggu tu.. dia nak naik train..
dia nak pegi dengan kawan2 dia..
so kereta nih la pick up kawan2 dia.. selesa la sikit..
kawan2 dia badan besar juga.. ha3

Monyok mereka berdua.. makanan lambat sampai.. sorry abang tak pandai ikram(bagi khidmat)

Cerita 2:
Baru2 nih bergegas pulang ke Gombak..
walaupun hujan lebat yang teramat..gagahkan bawak kereta..
sampai kajang pon Banjir!!!
Nak balik sebab nak pergi mesyuarat halqah gombak utara..
ada la hal sikit untuk dibincangkan.. kalau tak.. tak pegi pon selalu..
astaghfirullah.. susah ada 2 halqah nih..beranang dan gombak utara..
kena pandai lari2..ha3

Bile takaza kerja(seruan) dibentangkan..
aku hanya mampu untuk pick up budak UM je dari LRT GOMBAK..
sebab mereka nak keluar sekitar Gombak utara
tugas yang lain diberikan kepada orang yang lebih expert..huhu

Amir(ketua) halqah cakap kol 11..
aku pon da memacakkan diri jam kol 11.02..
istighfar sebab lewat..
Ye la.. kan ada hadis kalau lewat keluar jalan Allah.. lewat masuk syurga..
setengah hari lewat(masa dunia) =500tahun lewat masuk syurga..
tak sanggup aku..

30 minit aku tunggu..
siap kena marah dengan driver bas lagi sebab parking kat tempat dorg..
padahal takde pulak tulis " Bas sahaja"
lepas tu Amir halqah call..
"eh hidayat..kamu balik dulu la.. diorang lambat lagi sampai"

Sabar je la.. Allah nak tarbiah..
minyak habis ulang alik boleh ganti.. Allah kan pemberi rezeki..

just after aku touch down sampai rumah..
dapat message . "jemaah dari UM da dekat setia wangsa"
maka WKW 2453 pon memecut laju..
tak nak lewat lagi da..

Bile nampak dorang..Subhanallah..
ada yang da siap berpakaian full sunnah..
berjubah putih dan berserban..
aku pon tak pernah naek LRT pakai jubah.. haish..
sucinye muka2 mereka..
n dorg sume baru 18-19 tahun..

Dorang tanya.. "abang kerja kat mana"
mungkin aku nampak tua kot..sebab aku pakai baju bapak aku time tu..
kang aku pakai baju POLO yang ada gambar kuda kat belakang baru you all tahu! haha

Antara sebab aku beli kereta adalah..
untuk kehidupan yang akan datang..iaitu alam perkahwinan..
cuba korang bayangkan.. isteri korang nak bersalin.. cane nak bawak kalau takde kereta?
call taxi pon da berminit2 da..
and kenapa tak beli kancil ke? kelisa ke? kecik skit..
aku memula ingat nak beli UNSER terus.. sebab nanti anak2 ramai..takyah beli kereta lagi..
ha3

Aku telah banyak mengorbankan keinginan aku untuk bakal isteri dan anak-anak yang aku sendiri tak tahu siapa mereka..
Keinginan untuk mempunyai laptop yang gempak, Iphone, Samsung S2, travel bersama kawan2, makan yang sedap2... Semua aku korbankan.. untuk keluarga aku yang akan datang..
Monthly installment pon memakan hampir separuh duit elaun MARA aku..
sebab nak beli kereta untuk memudahkan kamu semua..
dengarlah rintihan bakal bapa mu ini..
haha..

Haa..
lupa nak bagitau perkara yang penting membuatkan aku pergi mesyuarat halqah..
aku nak bagi tau diorang yang adek2 aku nak keluar 20 hari dan 40hari cuti sekolah nih..
So mesyuarat putus adik aku yang nak keluar 20 hari akan attach dengan jemaah gombak utara yang sudah berada di jerantut..InsyaALLAH
adik aku akan keluar dengan kawan2 dia.dlm 2 3 org. Subhanallah..
Adik aku ajak kawan2 dia.. aku tak mampu pon.. :(

n adik aku sorang lagi keluar 40 hari tengah bulan nih..InsyaALLAH
bagi dia rest kejap kat rumah.. baru habis SPM.. ha3

Ya ALLAH.. Syahidkan kami di hujung2 dunia..amin

Adek aku yang bergamis hitam tu lepas baru lepas SPM..
dia yang nak keluar 40 hari.
time dia baca doa lepas semayang.. mesti nangis..
menangis keluar air mata pulak tu.. aku tak mampu pon..
gelapnya hati aku..
time dia darjah 6.. aku bawak dia keluar sekali dengan aku(time tu ak form 4)..
kecik2 da knal zikir.. quran.. tahjud.. dakwah.. ikram muslimin(memuliakan orang Islam)

Yang gamis coklat tu nak keluar 20 hari..

Bila aku tengok budak2 UM and adek2 aku..
nak je aku cakap.. "aku melihat kesolehan di wajahmu.. janganlah kau padam ia dengan melakukan dosa"

kan bes kalau aku jadi macam dorang.. Hmm.. :'(

Baru2 nih adek aku yang bergamis coklat cakap.
dia nak masuk madrasah seri petaling.. ambik Alim (blaja 8thn..kitab2: sunnan sittah.muatta'. mishkat.tafsir jallalain dan banyak lagi)
dia yang cakap kat mak aku dia nak masuk..
xsia2 aku pegi majlis khatam Bukhari pelajar jurusan Alim bulan 6 hari tu..
dapat jugak tempias doa Maulana Hamid..
Maulana Hamid ada cakap..lebih kurang
kalau tak mampu untuk belajar agama.. hantarlah adik, anak2,.
aku aminkan aja.. time tu majlis nih..serious terasa nak menangis..
mulianya wajah2 mereka.. :)
Aku suke berdamping dengan orang2 macam nih.. sebab aku akan rasa aku nih jahil.

btw.. adek aku tanya.. habis belajar tu.. nak keje ape?
aku cakap la..
seorang cikgu yang memperkenalkan makhluk ciptaan Allah pon dapat rezeki bulan2..
takkan la seorang yang memperkenalkan Tuhan dia yang mencipta segala sesuatu nih tak dapat rezeki..


Moga Allah trima adek aku masuk dan habiskan belajar kat sana..amin


Ikram Mohd Husin.. InsyaALLAH abang ayat akan datang majlis khatam Bukhari ko nanti

InsyaALLAH anak2 aku pon akan dimasukkan kat sini..tapi untuk pendidikan anak dari umur 0-12 tahun.isteri yang tidak bekerja diperlukan.. supaya dapat fokus didik anak dengan sunnah.. hafal quran.. :)

and lastly..
baru2 nih abang aku kahwin..
Congratulation Bro..
Kawin cara navvy bukan cara Nabi mmg complex..
berprotokal..erk.. x sanggup aku kawin kalau mcm nih..ha3

White Rose Tulip on my chest


VVIP.. kalau zaman para sahabat.. mereka nih macam pemegang panji2 dan ketua angkatan perang la.. ha3

Kawan2 abang yang ready untuk acara Silang Pedang

Potong Kek pakai pedang stylo jugak

Siapakah yang akan berada di sebelah ye? hihi
atau..
adakah si dia telah melarikan diri?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh nampaknya ada lanun yang mencolek "si dia".. saya selaku penyelamat akan datang segera!

haha.. macam budak2 la aku nih.. haish..

Baru2 nih saya disedarkan mengenai riya'..Pembunuh segala amal..
kadang2 terlintas dalam hati.. baik juga aku nih.. astaghfirullah
and malam tu terus ada orang tegur.. thx.. thank you very much
Moga Allah beri saya taufiq untuk buat semua kerana ALLAH..

Malas tulis panjang2.. nnt riya'
k nak sambung bwat coursework.. Exam nak dekat..
nih last post sebelum exam.. doakan aku ye kawan2
1st class!!!amin

2 more courseworks to be done..
Jadual exam tak clear.. doakan aku dalam doamu.. :)

20 comments:

peRmaTa_ aGamA said...

bittaufiq wal najah fil imtihan..

~ sharing is caring..(^_~) ~

Hidayatullah said...

Permata_agama: trima kasih ...

SSY said...

:)

Tuan pernah kata, "mintalah dengan sabar dan solat". Saya yakin, pasti kejayaan itu milik kita. InsyaAllah.

Yana Lan said...

Lama tak komen kat sini..

Saya nak share sikitlah pasal riya'. Sebenarnya masalah hati yang membunuh amal ni ada dua. Riya' dan ujub.

Riya' - Buat sesuatu kerana mengharapkan pujian manusia atau untuk menunjuk-nunujuk pada manusia. Contoh kita cakap dengan kawan, ' tahu tak malam tadi aku bangun tahajud. Korang bangun tak? '

Ujub - Rasa bangga yang timbul dalam hati dengan amalan yang dibuat. Contoh, ' bagusnya aku bangun tahajud harini. Housemates yang lain tak bangun pun. ' [Tapi jangan ikut dia ni lah sebab tak tolong gerakkan housemates lain]

Lawan kepada riya' adalah ikhlas. Dan lawan kepada ujub adalah tawadhu'.

So, kalau ikut ayat awak, ' baik jugak aku nih ', maksudnya ujub tu.

Btw, ni dah terpengaruh dengan Si Nota Siku ke? Kalau pilihan Allah untuk awak adalah isteri yang bekerja cane? Kerja tak kerja belakang kira, yang penting hati kena tengok dulu. Tapi saya tak nafikan lah apa yang dia cakap, sebab semuanya memang betul dan tak salah pun awak terpengaruh dengan dia.

All the best!

Hidayatullah said...

SSY- Amin.. doakan2.. :)

Yana Lan- wah.. penerangan yang bagus ttg ujub dan riya'.. tak terpikir plak bnde tu ada ujub.. hmm thx a lot.. nk kne blaja tawaduk nih..

tentang isteri bekerjaya.. saya boleh je trime.. tapi isteri tu kena bekerja kat rumah. bwat on9 marketing ke.. design web ke.. software design ke.. hihi.. Allah sebaik-baik perancang

Hidayatullah said...

btw kak yana lan.. sy sebenarnya da lama nk bwat post mcm dia.. tp tiba2 dia da buat..

sy x terpengaruh pon. sebab dari form 5 lg saya da bertekad utk dpt kerja yg OK spy isteri dapat duduk di rumah..

nam said...

assalamualaikum wbt..

ehem3.. macam kenal gambar di atas.. :D..

sesungguhnya Allah memuliakan tuan.. jazakallah ya.. (",)

fuad ansari said...

beruntung bakal isteri dan anak tuan kerapa bakal suami/bakal bapanya sudah mula berkorban untuk mereka.. (",)

p/s: ada sebuah kereta kancil yg sy guna masa belajar dulu yg ternyata telah banyak berjasa untuk usaha agama.. ramai yg bertanya nak beli kereta tu, tapi sy masih menyayanginya asbab jasa yg telah dicurahkan.. (",)

Hidayatullah said...

kak nam-wslm.. moga Allah keluarkan zuriat2 yg soleh dari keluarga saya..

Fuad Ansari- korban sikit je tuan.. tuan lg byk korban.. huhu.. Wah..masih simpan kereta lama.. sy pon azam pkai kereta nih sampai btol2 tak boleh pakai da..

~PENCHENTA~ said...

MARA nampaknya memang menggalakkan kahwin awal ya? Eheh.

Semoga dipermudahkan semua urusan. Doakan saya jugak. Bulan Januari ni mula final. Ehek.

Hidayatullah said...

~penchenta~- duit Mara yg berlebihan mmg menggalakkan supaya diberi untuk manusia yang diciptakan dari rusuk kanan saya.. hihi

smoga berjaya

abu zarim said...

ehem3,,,rse nye duit JPA lagi bnyak kot,,tapi,moga dpt di korban kn ke jalan Allah,,around the world for the "deen",,insyaAllah,,:),,,

yat,All the best,,moga Allah mudahkn kite sume,,,:),,

stdy leklok,,,1st in dakwah,1st in stdy,,:),,,

cepat2 la nikah ea,moga Allah beri yg terbaik,,,kalo lmbt sngt,rase nasi minyak france dulu la nmpak nye,,:),,gurau2,,

Hidayatullah said...

abu zarim- haha. duit JPA banyak..ape lg.. kawin la.. lg2 dok overc.. huhu.. doakan sy tuan

abu zarim said...

hihihi,,,pape pon,doa same2,,:)

abu zarim said...

hihihi,,,pape pon,doa same2,,:)

Hidayatullah said...

Abu zarim-amin... moga Allah kurniakan sayap dakwah yg tak bagi balik rumah.. suh dakwah je kje.. huhu

penchacaiz said...

klakar la yardd nih...

teringat majlis khatam bukhari tu hari. memang sebak semasa maulana hamid doa. semoga Allah pilih dari kalangan kuaga dan keturunan saya untuk agamaNya.

insyallah.

adik tn kuar yg 20 hari kuar ktne?

Hidayatullah said...

tu la.. ak sgt kagum dgn ketawadukan maulana hamid.. orang alim mcm tu pon boleh nangis sebab rotan anak murid.. huh..ebat..

adek ak keluar kelang.. Jalan kebun

Syamil said...

ko tak habis2 ngan bini! jangan ko songlap duit aku dah la! hahaha

Hidayatullah said...

syamil- songlap sikiiiit.. br la POLITIK MALAYSIA.. ha3